[ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ]

[ads] Layakkah anda ditangkap oleh Polis Wanita yang jelita di #axepolice? Mari kita lihat
klik sini
: [ AxePolice ]

[ads]Broadband paling pantas dan murah di Malaysia! boleh dapat 5x ganda points Bonuslink! Nak tau lanjut klik sini : [ #digibroadbandbonuslink ]

13 Feb 2011

Makanan Mark Zuckerberg hanya £ 2.50 sahaja

Kongsi 0 comments
Kelihatan asyik betul Mark Zuckerberg nie mengunyah tako ayam sejenis makanan Mexico yang berharga £ 2.50 di tepi jalan. Dia yang dilihat dengan memakai t-shirt, berseluar jeans serta kasut sukan putih kelihatan membeli makanan Mexico di gerai tepi jalan kawasan tersebut.

Walaupun memiliki kekayaan yang dianggarkan mencapai £ 10 bilion. Namun dia betul-betul low profile dan tak kisah tentang kehidupannya seharian. Kagum betul tengok orang kaya macam nie kan. Mark Zuckerberg merupakan bos Facebook dan merupakan billionaire termuda hasil dari titik peluhnya itu. Malah filem 'Social Network' yang menceritakan tentang kisah hidup Zuckerberg, 26, juga telah mendapat pencalonan Oscar pada tahun ini.

Dia dilihat berjalan dengan tiada pegawal keselamatan sambil menunggu dan beratur untuk mendapatkan taco ayam dengan nasi dan tortilla chips untuk £ 2.50 sahaja. Kemudian makan bersama seorang sahabat di kaki lima. Terharu betul rasanya.

Facebook kini dah ada 550 juta untuk ahli di 200 negara dan syarikatnya dianggarkan bernilai lebih dari £ 30 bilion.

Kini Zuckerberg hanya menyewa rumah dengan tiga bilik tidur di pinggir bandar. Dia dan aweksnya Priscilla Chan, juga 26 seorang pelajar perubatan hanya memandu kereta Honda Acura. Zuckerberg mencipta Facebook di asramanya di Harvard pada tahun 2004. Dia akhirnya menjadi billionaire termuda di dunia pada usia 23.

Bapaknya yang seorang doktor gigi memberi tahu anaknya adalah seorang lelaki yang sangat rendah diri. Zuckerberg baru-baru ni bergabung dengan rakan-rakan billionaire nya iaitu Bill Gates dan Warren Buffett dalam komitmen untuk memberikan sebahagian besar kekayaannya untuk amal.


Read more >>

Kisah ranjang Irwansyah

Kongsi 0 comments
Sebelum ni kita dah membincangkan tentang Acha Septriasa serta pasangan mengenai sambutan hari kekasih yang bakal tiba. Arini kita tanya apa cerita pulak bekas pacarnya Irwansyah. Tapi bezanya si Irwansyah ni dah kahwin dan sedang menikmati masa-masa bahagianya bersama isteri tersayang Zaskia Sungkar sejak 15 Januari 2011 lalu. Haaa, ni baru real punya selebrate.

Orait, apa kata kita close up tentang cerita-cerita dalaman pasangan nie.
Bagi Zaskia, dia sangat selesa dengan Irwansyah terutama sekali waktu tidur kerana suaminya itu tidak mengganggunya (maksudnya tak berdengkurlahhh). Bila ditanya tentang aksi di ranjang pula bagi Zaskia, Irwan sangat memenuhi kriterianya ketika di ranjang. Kira puas hatilah tu...

Semenjak berkahwin juga Zaskia dah belajar banyak perkara dan tanggungjawab terutama dalam hal melayan kerenah suami tercinta. Dia juga tak sangka yang dia sekarang dah pandai masak macam-masam jenis makanan. Hmmm, itu pasal lah jangan kawin lambat. Kalau tau syok umur 10 tahun dah nak kawin.

Menurut Irwansyah pula Zaskia memang pandai masak dan masakannya sedap sangat. Zaskia suka masak pasta dan ketika sarapan biasanya dia akan masak nasi goreng. Zaskia dah mula belajar masak sejak mereka berpacaran lagi.

Menurut kedua pasangan nie, mereka juga mahu mendapatkan anak. Tetapi mungkin bukan dalam masa terdekat. Mereka terlalu sibuk sekarang dan menanti waktu yang sesuai untuk itu.


Read more >>

12 Feb 2011

Tomok nikah 1 Julai

Kongsi 0 comments
Baru-baru nie apabila ditanya tentang masa depannya bersama si dia, Tomok enggan memberikan ulasan. Laaa ni tup-tup Shah Idrawan atau Tomok, 26, akhirnya mengumumkan tarikh pernikahan untuk mengakhiri zaman bujangnya. Dia juga sekarang tengah sibuk membuat persiapan dan undangan untuk tetamu di majlis pernikahannya itu.

Tomok bakal menamatkan zaman bujangnya dengan menikahi Rahayu Abbas iaitu seorang pramugari MAS ( Syarikat Penerbangan Malaysia ). Walaupun Rahayu sudah pun berumur 32 tahun iaitu enam tahun lebih tua dari Tomok, namun bagi mereka umur hanyalah angka yang tak memberikan apa-apa makna. Ruhayu juga sebaya dengan umur kakak Tomok sendiri iaitu Isma AF7. Tomok berkata dia dah kenal Rahayu time dia kat kumpulan New Boyz lagi. Time tu mungkin pangkat kakak angkat lagi lah agaknya. Haaa! kan dah terangkat ko Tomok.

Tarikh yang dipilih mereka untuk bernikah ialah pada 1 Julai 2011 yang dibuat di rumah keluarga Rahayu di Wangsa Maju. Pasangan ini memilih untuk tidak bertunang. Majlis persandingan tempat perempuan dibuat pada keesokkan harinya iaitu pada 2 Julai 2011. Majlis persandingan di sebelah lelaki pula diadakan pada 6 Julai 2011. Majlis khas untuk peminat pula akan diadakan pada 9 Julai 2011. Namun tempat untuk majlis ini masih belum diketahui.


Read more >>

Justin Bieber botak!!!

Kongsi 4 comments
Haaa, mari aweks-aweks semua tengok gambar Justin Bieber yang terbaru ni. Jangan pengsan plak tengok gambar Justin Bieber takde rambut nie. Time tu Justin menghadiri satu program bual bicara. Seksi tak?

Kali nie Justin Bieber dilihat benar-benar dicukur botak dan menyatakan dia sangat suka dengan penampilan barunya itu. Dia kelihatan seperti Lex Luthor time muda. Bieber bersetuju dikata begitu kerana dia pun fikir begitu.
Tapi apakah komen aweks-aweks semua bila tengok gambar nie?




Read more >>

Gambar Lisa Surihani dan Shaheizy Sam

Kongsi 2 comments
Laaa nie depa kata tak ada apa-apa. Depa kata hanya kawan. Tak apa kita tunggu.

Nampaknya angin bertiup kencang tentang kemesraan mereka nih. Namun Lisa Surihani dan aktor popular Shaheizy Sam cuma tagaskan mereka hanya kawan. Walaupun mungkin gambar nie belum cukup kuat untuk mengikat mereka. Takpa, kita sama-sama tunggu bukti terbaru yang tak akan mampu membuatkan mereka menepis lagi. Kalau betul lah, mereka nak lari kemana...

Tak apa lah. Sementara menyiasat nie kita layan dululah gambar-gambar yang ada nie. Cukup bukti nanti kita kasi 'bom' sama dia okeh!...Aeriossss.















Read more >>

Manohara kebas watak Julia Perez

Kongsi 0 comments
Jika sebelum ni Julia Perez memegang watak utama dalam sinetron terkenal iaitu 'Superboy', namun untuk sambungan watak tersebut ianya telah dikebas oleh Manohara Odelia Pinot. Sinetron sambungan ini bertajuk 'Supergirl' . Mungkin Superboy dah balik US kot. Tinggal lah Supergirl sorang-sorang kat indon sebab takde tiket flight.

Menurut PR Promotion Soraya Intercine Film, JuPe tak dapat menyambung wataknya itu atas sebab tertentu. Kerana JuPe terlalu sibuk katanya. Tapi rasanya JuPe dah tak laku kot. Orang dah jelak dengan kontroversi dia agaknya. Mungkin orang ramai nak sesuatu yang baru dan segar.

Dalam sinetron Supergirl yang diarahkan oleh Ateeqsyah dan Fanny ini memaksa Manohara memakai kostum untuk mengambarkan dia benar-benar sebagai pahlawan sejati dalam membela kebenaran. Bila semua negara dah ada superhero nie harap-harap pasni semua negara semakin aman lah.

Pelakon lelaki utama dalam sinetron pula dipegang oleh Bayu Kusuma. Sinetron di Indonesia merupakan industri penting bagi pelakon-pelakon mereka menjana pendapatan. Trade mark mereka dengan sentiasa menampilkan wanita-wanita cantik mendapat sambutan yang tinggi di negara itu malahan di negara-negara jiran serantau terutamanya Malaysia. Sinetron Supergirl ini akan ditayang mulai 17 Februari 2011. Kita kat Malaysia nie lambat sikit yer. Kita layan Cicakman jelah dulu
.


Read more >>

Wings ke Istana Budaya

Kongsi 1 comments
Tanggal 29 April 2011 ini, Bombbay Worldwide dan Anggerik Event akan menganjurkan sebuah konsert khas untuk kumpulan Wings. Konsert yang diberi nama Wings Opera Hidup Bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) ini pertama kali diadakan sejak 25 tahun Wing mencipta nama dalam industri muzik tanah air. Konsert yang akan diadakan di Istana Budaya (IB) ini berlangsung selama tiga hari bermula 29 April 2011 hingga 1 Mei 2011. Tiket-tiket berharga RM 65 hingga RM 450 telah pun mula dijual di box-office, IB.

Awie menganggap konsert Opera Hidup ini adalah satu penghargaan kepada mereka serta peminat selepas kejayaan Double Trouble (DB). Konsert ini menampilkan satu kelainan untuk peminat Wings kerana ia akan diiringi oleh OSK secara sepenuhnya.

Antara kelainan lain ialah peminat boleh berhibur dengan selesa tidak seperti konsert DB yang dibuat secara terbuka. Awie akan kembali ke IB selepas menjayakan pementasan Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal.

Konsert tersebut akan dibahagikan kepada empat segmen. Dan Awie akan menyanyikan lebih 20 buah lagu dari 27 album mereka. Bekas ahli yang pernah menganggotai Wings seperti Mus turut diundang untuk mewarnai persembahan konsert itu nanti. Mereka juga bakal diiringi 16 orang penyanyi koir. Ahli-ahli fan club pula akan diberi peluang untuk memilih lagu yang mereka mahukan selain lagu-lagu yang dihidangkan oleh Wing sendiri.
Lets rockin!!!



Read more >>

11 Feb 2011

Isu gaduh : Salman Khan dan Shahrukh Khan enggan damai

Kongsi 0 comments
Ape bende lah dah tua-tua pun nak gado-gado. Dah dekat tiga tahun depa ni dikatakan tidak bertegur sapa. Apa nak jadi lah dengan Salman Khan dengan Shahrukh Khan nie. Nampaknya kedua-dua ikon ni belum lagi menampakkan tanda-tanda untuk berbaik semula. Besar sangat kot kesnya.

Pernah juga Aamir Khan cuba untuk mendamaikan depa berdua nie.
Time tu depa nie dijemput ke majlis perkahwinan aktor Imran Khan dengan Avantika Malik. Aamir saje jer setting time bagi depa ni sampai serentak agar dapat bertemu muka. Tapi gagal juga sebab keduanya sampai waktu yang berlainan. Salman datang terlalu awal dan segera pergi dari majlis bahkan sengaja lalu jalan belakang supaya tidak bertemu dengan Shahrukh. Manakala Shahrukh pula datang lewat. Dia juga meminta maaf kat Aamir kerana kelewatannya.

Ceritanya, punca mereka ni gado sebab Salman
offer Shahrukh berlakon dalam filem dia yang bertajuk 'Mr and Mrs Khanna'. Last-last Shahrukh tolak offer tu sebab dia dah terima offer lain time tu. Tu yang Salman kecewa sangat dan hangin satu badan. Tapi Shahrukh dikabarkan dah minta maaf kat Salman. Alaaa, small matter lah abang. Ini macam kes budak-budak jer. Jangan gado-gado maaa...


Read more >>

Acha Septriasa sambut Valentine dengan kekasih baru

Kongsi 0 comments
Heroin filem "Love Is Cinta' yang sebelum nie juga pernah dikatakan berpacaran juga dengan hero filem tersebut iaitu Irwan Shah kini sibuk mengatur program sempena 'Hari Valentine' yang bakal kunjung tiba. Sebelum ni mereka dikatakan berpisah kerana Acha sibuk menyambung pelajaran di Malaysia. Tapi untuk menyambut Valentine akan datang nie, Acha Septriasa tak keseorangan. Dia bakal menyambut kedatangan hari itu ditemani kekasih barunya iaitu Dennis Hanani.

Acha sekarang nie dikatakan seperti diawang-awangan dan penuh dengan perasaan berbunga-bunga seperti kelihatan tidak sabar menanti ketibaan 14 Februari ni. Walaupun belum ada rancangan yang rasmi untuk menyambut kedatangan hari tersebut, namun Acha Septriasa dan kekasih barunya Dennis Hanani dah
plan sekurang-kurangnya dapat makan coklat sama-sama pun dah okey. Yang penting mereka dapat menghabiskan masa bersama pada hari yang bermakna tu nanti.

Acha kata dia belum pernah selebrate Valentine dengan balaks baru nie. Jadi dia tak tau lagi nak buat apa. Jadi katanya "yang pasti sih kayak bikin kue bareng, makan cokelat bareng. Yang pasti dinner kali ya. Itu aja,"

Menurutnya lagi, dia tak mengharap untuk menyambut Valentine nih. Tapi dia tetap juga berusaha untuk menghabiskan masa bersama dengan kekasihnya itu. JenTik pun tak faham apa yang Acha cakap nih. Macam tak kisah tapi nak juga. Penin-penin!. Lantak kome lah.

Read more >>

Rumah baru Justin Bieber

Kongsi 2 comments

Eh...Mana peminat Justin Bieber nih!?...Haaa mari -mari kita layan lagi cerita terbaru tentang si budak kecik nih. Hari ni apa kata JenTik nak bawa korang semua pergi tengok rumah baru Justin Bieber. Amacam?...

Rumah yang berharga USD$ 1.7 juta ni sebenarnya mak dia yang hadiahkan. Rumah ni terletak kat tengah-tengah New York. Jadi ini akan dapat memudahkan untuk Justin Bieber keluar berpoya-poya. Ahaks.

Rumah ni ada tiga bilik tidur dan empat bilik mandi. Rumah seluas 2,400 meter persegi ini dihias dengan konsep kontemporari dengan lantai marmar putih berkilau.

Ruang tamu utama terdapat sebuah piano putih dan mempunyai pemandangan menghadap ke bandar.

Ada juga terdapat bar tapi empat tahun lagi baru Bieber boleh guna. Bawah umur lah katakan. Selain itu, dilengkapi juga dengan dua tempat parking di garaj bawah tanah untuk diletakkan Ferrari nya yang bernilai $ 200,000 dan Lamborghini Gallardo putih $ 220,000.

Oklah kawan-kawan, mohlah kita masuk rumah Justin nih. Tapi barang dalam tu semua jangan kacau yer. Tengok jer boleh...











Read more >>

Steven Tyler kaya raya dalam American Idol

Kongsi 1 comments
Keputusan penyanyi kumpulan Aerosmith, Steven Tyler menerima tawaran menjadi juri rancangan popular 'American Idol' telah juga sekali gus memberi keuntungan lain kepada dia. Didapati penjualan album Aerosmith meningkat sehingga 250% kerana keterlibatan dia dalam program tersebut. Ok lah tu bang, untung berganda-ganda. Jangan lupa bayar zakat sudah!. Opsss...

Antara yang menjadi buruan orang ramai ialah album kompilasi '
Big Ones' (1994) Penjualan album itu meningkat 260% sejak Januari lalu. Muat turun lagu 'I Don't Want to Miss a Thing' juga meningkat hingga 363%. Rancangan pencarian bakat melalui program realiti adalah sangat berpengaruh di Amerika. Malahan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh peserta juga menjadi buruan masyarakat. Hebat betul dia orang nie. Support tahap gaban!...

Steven Tyler sungguh disayangi oleh penonton dan peminat American Idol kerana selalu bagi komen yang baik, positif dan membangun. Tengok je
style brutal. Tapi ati baik tau. Tak adalah merapu-rapu macam orang gila seperti sesetengah juri tu. Dia pun tak betul nak komen orang lebih-lebih plak. Jentik baru tau. Steven begandingan selaku juri bersama-sama Je Lo dan Randy Jackson dalam rancangan tersebut .


Read more >>

Nasha Aziz di samun

Kongsi 0 comments

Dah lama kita tak dengar berita-berita terbaru tentang pelakon dan model terkenal tanah air yang tinggi lampai ni kan. Apa yang difahamkan kepada JenTik, pelakon yang terkenal menerusi filem Laila Isabella ni telah di samun semalam!. Kejadian tu berlaku di persimpangan Jalan Persiaran Ampang. Nasha '40' yang ketika itu bersama seorang kawan wanita berada di dalam kereta Naza Ria miliknya. Time tu dia berhenti di traffic light persimpangan tersebut.

Tiba-tiba dia didatangi oleh dua lelaki menaiki motosikal untuk menyamunnya. Detik cemas itu berlaku lebih kurang pada pukul 3.30 petang. Masa tu dia baru jer keluar dari sebuah bank yang tak jauh dari tempat kejadian untuk pengurusan pengeluaran wang. Memang dia orang dah 'riki' line lah tu.

Mengikut taksiran, dia telah mengalami kerugian sebanyak RM40,000. Banyak tu...Habis semua wang tunai dan barang-barang peribadi berharga miliknya di kebas. Menurutnya time tu dia berhenti di lampu isyarat dan tiba-tiba didatangi dua lelaki yang dipercayai warga Indonesia. Lelaki tersebut terus memecahkan cermin tingkap kereta bahagian pemandu. Selepas merampas beg tangan yang diletakkan di riba Nasha, penyamun tu pun terus melarikan diri. Nasha juga telah mengalami kecederaan didalam kejadin tu.

Kalau dah kat traffic light memang tak boleh buat apalah. Orang nak tolong pun payah. Inilah trick terbaru bagi penyamun-penyamun zaman sekarang buat kerja. Memang mangsa tak dapat buat apa punyalah. Kecuali mangsa ada pistol. Tembak je kepala dia. Jangan kena kepala orang lain sudah...




Read more >>

Janet Jackson selalu kena ejek

Kongsi 0 comments
Apa ceritalah Janet Jackson nie. Awat sedih-sedih nie. Jangan nangis-nangis yea, sabarrr. Oh, rupanya Jenet sedih sangat sebab bila terkenang asik kena ejek je time kecil-kecil dulu. Dia sering menjadi mangsa buli abang-abangnya kerana penampilannya yang buruk. Ala ciannya.

Pernah dia kata satu masa tu dia terlalu tension sampai dia nak hentak kepala sampai pecah dekat dinding akibat di ejek sehingga tahap maksimum. Abang-abangnya termasul Micheal sering memanggilnya dengan pangilan 'lembu', 'kuda' malahan sering dipanggil 'babi' oleh abang-abangnya itu. Ini semua disebabkan kerana bentuk badannya yang kurang menarik dan gemuk. Janet berkata dia sangat menderita ketika usia kecilnya. Takpelah kak Janet, janji dah tua ni 'mahsyukkk'.

Tapi bila dah tua ni bila dikenang-kenang kembali kisah silam tu membuatkan dia tertawa. Itu semua adalah gurauan waktu kecil dan telah meninggalkan memori yang indah baginya. Biasalah adik-beradik kan. Tapi waktu tu rasanya macam nak bunuh orang pun ada. Nasib baik Janet ni jenis bersabar lah juga. Kalau tak Micheal Jackson tak hidup sampai 50 tahun. Umur 10 dah kena tetak dengan Janet. Tapi bila dah besar ni barulah faham.

Namun Janet memang sedar akan kelemahannya itu. Kerana terlalu gemuk dia terpaksa menurunkan berat badan beberapa kilogram untuk sebuah tayangan televisyen ketika umur 10 tahun. Ha kau!, kecik-kecik dah kena diet. Dan menurutnya tumbesarannya luarbiasa dari kanak-kanak yang seusia dengannya masa tu. Sampaikan dia terpaksa diikat dadanya dengan kain kasa supaya kelihatan lebih kecil dalam rancangan tu. Patut pun kena ejek. Ahaks.



Read more >>

Justin Bieber mencari teman wanita yang......

Kongsi 2 comments
Fakta pendedahan kali ini adalah dapat memberi lebih peluang kepada gadis-gadis di luar sana untuk cuba mendampingi si Justin Bieber ni. Kali ni dia mendedahkan ciri-ciri teman wanita yang dia cari. Jadi untuk gadis-gadis di Malaysia ni haruslah bersiap-sedia menyiapkan diri. Kita fight sama aweks Mat salleh ok. Check it out...

First-first Bieber cakap dia nak bakal aweks tu jadi kawan karib dulu. Kerana bila dah pernah jadi kawan baik ni senang nak borak dan akan jadi teman yang menyenangkan. Kerana baginya perbualan dan gurauan yang baik adalah kunci bagi hubungan romantis yang hangat. Kalau tak pandai borak, senyap jer boring lah kan. Yelahhh, kanak-kanak..

Antara 'spec' lain yang dimahukan Justin Bieber untuk bakal teman wanitanya itu ialah gadis tersebut haruslah memiliki senyuman yang menarik dan manis selain mempunyai mata yang menawan dan indah. Sooo, apa lagi yang ditunggu wahai gadis-gadis. Ayuhlah pantas ke depan cermin!!!.

Tapi tunggu dulu wahai gadis-gadisku!. Nampaknya pengakuan Bieber ni seolah-olah terarah tepat pada Selena Gomez lah. Aweks yang akhir-akhir ni sering digosipkan dengannya. Walaupun bukti-bukti telah dikumpul selengkapnya dengan foto-foto yang tersebar luas, tapi Bieber tetap juga tidak mahu mengaku hubungan dengan si Selena nie. Jadi, teruskan mencubalah wahai gadis-gadis Malaya. Kuatkan semangat!. Kalau dah ada jodoh tu tak kemana. Doa banyak-banyak yer!


Read more >>

10 Feb 2011

Isu gambar : Anith pasrah

Kongsi 0 comments

Boleh tahan gempak juga kisah si Anith nie. Heboh juga gambar-gambar miliknya diulas di ruangan-ruangan forum dan blog. Apa yang menjadi tanda tanya ialah gambar-gambar dia berpelukkan bersama dua orang lelaki yang berbeza. Boleh tahan budak sorang nie.

Apabila Anith di minta mengulas sendiri tentang kewujudan gambar-gambar itu, dia berkata gambar itu telah di curi dan dia sangat terkejut melihat gambar ini tersebar dan menjadi isu di mana-mana forum dan blog. Sape aje lah yang curi gambar Anith nie. Kalau takut orang curi dan kata bukan-bukan tentang diri kita, janganlah kita pi dok wat yang tak senonoh. Hang ingat ni Hollywood kaaa.

Bila ditanya pulak sapa lelaki-lelaki dalam gambar tu. Anith atau nama sebenarnya Anith Aqilah Sulaiman menjawab itu adalah kawan-kawan dia. Bukanlah kekasih seperti yang digembar-gemburkan ramai pihak. Mereka dah kenal lama dan terlalu rapat. Oleh sebab itu dia tak sangka gambar-gambar mesra sebegitu menjadi tanggapan negatif bagi orang yang melihatnya. Bagi mereka aksi begitu sudah biasa. Aikkk, macam dah biasa jer. Memang nampak macam dah biasa punnn. Kalau rapat macam mana pun kak oiii, itu cuma kawan...Bukanlah laki kau. Tapi bila di pandang betul-betul memang nampak mesra semacam je. Jadi janganlah sibuk dok menyalahkan orang lain sebab gambar kamu ni pun memang boleh menimbulkan fitnah.

Atas apa ulasan yang diberikan Anith ialah setakat ni dia belum lagi memikirkan tentang cinta. Dia belum terfikir untuk memberikan komitmen dalam percintaan dalam waktu terdekat kerana sedang sibuk belajar dan melebarkan kerjaya. Bila mengulas lanjut pasal gambar tu dia kata tak kisah pun dengan anggapan orang ramai yang mengatakan dia banyak kekasih ataupun terlalu seksi. Dan sangat tak menyangka apa yang dia lakukan tu salah dimata orang ramai. Sah tak sekolah agama budak nih.

Jomlah kita layan gambar-gambar Anith si wanita muslimah ni

















Read more >>
Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular

 

Hot Malays. Copyright 2009 All Rights Reserved Free Wordpress Themes by Brian Gardner Free Blogger Templates presents HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords