[ads]Lagi tawaran hebat #DiGiiPhone4!!, Anda hanya perlu upgrade untuk iPhone4 yg baru! Maklumat lanjut klik sini : [ #DiGiiPhone4 ]

[ads] Layakkah anda ditangkap oleh Polis Wanita yang jelita di #axepolice? Mari kita lihat
klik sini
: [ AxePolice ]

[ads]Broadband paling pantas dan murah di Malaysia! boleh dapat 5x ganda points Bonuslink! Nak tau lanjut klik sini : [ #digibroadbandbonuslink ]

10 Feb 2011

Lindsay Lohan di tangkap kerana mencuri

Kongsi 0 comments
Lindsay Lohan naik mahkamah lagi. Apalah nak jadi dengan minah sorang ni yer. Tak habis-habis kontroversi dia nie. Rasanya cerita kontroversi dia saja dah melenyapkan cerita orang tentang bakatnya. Kes mabuk dan dadah tak payah certalah. Tak habis lagi orang menceritakan tentang kes tu dah timbul lagi kes baru. Tak habis-habislah dia ni. Tak reti duduk diam agaknya.

Kes terbaru yang mengheretnya ke mahkamah ialah kerana merembat seutas rantai di sebuah kedai perhiasan bulan lalu. Kata selebritiii...duit berjuta-juta. Tapi takkan rantai USD 2,500 pun tak mampu nak beli. Kalau tak mampu pun buat-buat lah sabar kumpul duit sikit-sikit. Tulah orang suruh menabung tak nak. Tapi yang pelik ikat jamin USD 40,000 bleh
bayar plak. Kan nyaya diri namanya tu. Di sebabkan atas kesalahan tu Lindsay Lohan bakal didenda dan penjara 3 tahun. JenTik rasa dia ni memang gian sangat nak duduk kat dalam lokap tu lah. Seronok agaknya.

Sebelum-sebelum nie pun dia sudah beberapa kali turun naik mahkamah. Pada 2007 dia telah ditahan dua kali oleh polis kerana memandu dalam keadaan mabuk dan penyalahgunaan dadah. Ganaz betullah dia ni. Mengalahkan lelaki...

Akibat dari kesalahannya itu , pelakon filem 'Mean Girls' ini telah dihumban ke penjara. Apabila dia keluar dari penjara, dia telah mendapat peringatan yang keras dari hakim. Jika dia tetangkap lagi memandu dalam keadaan mabuk maka ida bakal dikenakan tindakan keras. Tapi dia ni bukan makan saman punnn. Negara pun dah macam tak ada undang-undang di buatnya.





Read more >>

Kekasih-kekasih Putera William Terdahulu

Kongsi 0 comments
Lebih kurang dua bulan lagi akan menjelangnya hari yang di nanti-nanti oleh rakyat Britain untuk menyaksikan sejarah baru bakal dicipta apabila bakal pewaris takhta mereka iaitu Putera William akan menikahi pemaisurinya secara rasmi. Tarikh keramat 29 April 2011 ini menyaksikan William bakal disatukan dengan pilihan hatinya iaitu Kate Middelton. Okey, laaa ni apa kata kita check semula siapakah aweks-aweks Putera William yang terdahulu sebelum dia bertemu dengan Kate Middleton nih.



1. Rose Farquhar

Rose yang juga kawan Putera Harry adik kepada Putera William nie adalah seorang pelakon dan penyanyi. Rose bertemu dengan William pada tahun 2000. Dia adalah anak Captain Ian Farquhar yang juga orang berpengaruh disana. Rose adalah kekasih serius pertama William.




2. Arabella Musgrave

Arabella bekerja di Gucci sebagai Public Relation. First time berjumpa dengan Putera William pada tahun 2001 di sebuah pertandingan polo. Hubungan mereka adalah antara yang bertahan paling lama tapi akhirnya pasangan ini memutuskan hubungan kerana William melanjutkan pelajaran di St. Andrews. Walaupun mereka sempat bertemu tiap kali William pulang ke London. Tapi hubungan jarak jauh menyukarkan mereka.




3. Carly Massy-Birch


Carly adalah aweks Putera William ketika tinggal dan belajar di St. Andrews. Carly adalah gadis tempatan. Antara faktor William suka dengan dia mungkin sebab senang jumpa kot. Tapi hubungan mereka cuma sementara saja tapi mereka tetap menjadi teman baik selepas tu.




4. Olivia Hunt


Olivia Hunt juga tersangkut dengan Putera William ketika di St. Andrews. Mereka sama-sama belajar disitu. Time William pertama kali jumpa dengan Kate Middleton, ketika tu William masih bersama Olivia. Tapi , Hubungan William dan Olivia terputus pada April 2002. Tak lama pastu sangkut kat Kate pulak.




5.Jecca Craig

Jecca Craig diberitakan berpacaran dengan Putera William pada 2003. Namun sumber yang rapat dengan William menafikannya. Tapi pernah dilaporkan William dan Jecca pernah pura-pura bercinta. Dah tak ada keje kottt.



Read more >>

9 Feb 2011

Gambar selebriti yang hadir majlis Justin Bieber

Kongsi 1 comments
Baiklah adik-adik, abang-abang, akak-akak. Hari nie JenTik penatlah nak mengarang ayat. Tak tau lah kenapa lembap sangat pala otak nie. Nak kata hujan, tak hujan pun. Panas terik adalah hari nie. Dia punya tahap kering sampai paip pun tak keluar air hari ni. Itu pasallah otak lembap kot sebab tak mandi...Ha..Ha...

Laaa ni kita layan gambar-gambar jelah. Bolehhh???. Bolehlah yerrr. Haaa, gambar-gambar ni JenTik sendiri yang ambil malam semalam masa pegi acara kapet ungu di majlis pelancaran filem Justin Bieber Never Say Never 3D. Acara yang diadakan di Nokia Theatre Downtown Los Angeles ini juga telah di hadiri ramai selebriti-selebriti Hollywood. Lepas selesai je ambil gambar-gambar nie JenTik pun tersedar dari tidurrr. Moh kita layan same-same yer.


Justin berjalan karpet ungu dengan jaket tuksedonya, kelihatan wartawan sibuk mengambil pose terbaik...Cuba teka mana satu JenTik?..haha



(1)


(2)


(3)


Demam Bieber : Melayan para peminatnya di Teater Nokia di Downtown Los Angeles


Word up: Justin Bieber, Jada Pinkett Smith dan Willow Smith bertemu di atas karpet ungu


Satu keluarga: Will Smith, Jada, Jayden dan Willow


Produser filem Usher, Bieber dan pengurusnya Scooter Braun dengan kacamata 3D mereka


Anak ayah: Usher dan anak-anaknya, Naviyd Ely Raymond, kiri, dan Usher Raymond Jr,


Jamie Oliver, isterinya Jools dan puteri Honey Poppy dan Daisy Boo.


Jayden dan Willow


Will-I-Am


Chris Brown


Kendall dan Kylie Jenne


Whitney Port


Leona Lewis


Miley Cyrus


Jane Lynch dan keluarga


Taylor Momsen


Lori Loughlin


Read more >>

Gambar rumah Lady Gaga dulu dan kini

Kongsi 1 comments
Oklah, apa kata laaaaa ni kita gi jalan-jalan tengok rumah Lady Gaga iaitu dimana tempat dia tinggal sebelum dia popular dulu. Disini Lady Gaga menunjukkan di mana apartemen lamanya. Lady Gaga atau nama sebenarnya Stefani Germanotta menunjukkan blok apartemen di New York di mana dia tinggal selama tiga tahun sebelum dia popular. Tengokkk!...Ongputih pun ingat asal-usul.

Tapi kini dia telah menyewa sebuah rumah besar dengan harga USD$ 25,000 sebulan di Bel Air, California. Disana dia tinggal bersama teman lelakinya Luc Carl. Rumah tahap shoping complex wooo... Nak pusing pun kena naik moto nih.








Inilah tempat tinggal Lady Gaga selama tiga tahun sebelum 'femes'


Inilah rumah terbaru yang disewa Lady Gaga dengan harga USD 25,000 sebulan


Read more >>

Ariel rakam lagu di penjara

Kongsi 2 comments
Hari-hari kita tak pernah sunyi dari kisah si Ariel ni. Dah dalam penjara pun masih lagi ada cerita terbaru tentang dia. Seolah-olah dia masih lagi bebas dan sedang melakukan konsert di mana-mana saja. Tak kurang juga kisah pasangan-pasangan dia yang juga terlibat dalam kes yang sama.

Sebelum dijatuhkan hukuman pada 31 Januari 2011, Ariel pernah merancang untuk merakamkan dua lagu untuk album baru dia. Tapi tak sempat nak rakam dah jatuh hukum. Namun menurut Budi iaitu selaku pengurus Peterpan, Ariel tetap akan merakamkan lagu-lagu itu juga. Cuma belum dapat waktu yang sesuai untuk berbuat demikian. Macam mana tur?...Tak kan boleh keluar penjara kejap untuk rakam lagu...Pelik-pelik jer.

Laaa...Rupanya Ariel nak rakam lagu tersebut di Rutan Kebon Waru, tempat dirinya dipenjara. Baru feel kot dalam penjara. Ada-ada je dia nie. Dalam penjara pun nak bisnes jugak. Yelah mana tau nanti keluar-keluar penjara je terus jadi kaya kan.


Setakat ni dia dah mengumpulkan sembilan lagu dari sebelas lagu yang bakal di muatkan dalam album barunya itu nanti. Album baru itu juga masih mengekalkan ahli kumpulan Peterpan yang lama iaitu Ariel, Loekman, Reza, David, dan Uki.


Read more >>

Christina Aguilera lupa lirik lagu kebangsaan

Kongsi 0 comments
Bercerita tentang lagu kebangsaan ni, sewajibnya setiap orang mestilah tahu dan menghafalinya. Itulah identiti dan mengambarkan bendera apa yang di pegang oleh sesaorang itu. Kalau dah lagu negara sendiri pun tak hafal, harus kamu dihantar ke kutub utara jer. Tu pun letak kat pulau-pulau dia je...

Apa tah lagi kamu ni orang terkenal. Terutamanya selebriti yang menjadi ikutan ramai orang. Bila ter'kantoi' tak hafal lagu kebangsaan malu wokkk!...Hang tu keje nyanyi. Beribu lagu hang boleh hafal. Boleh plak lagu yang pertama hang belajar tu hang lupa!. Memanggg hangtu. Cuba kita try test Datuk Siti. Betul tak dia nyanyi lagu kebangsaan. Jangan dia pun terkantoi jugak. Haruuuu!.

Jangan jadi macam kak Christina Arguilera nih. Nyanyi lagu kebangsaan Amerika pun fail. Boleh dia lupa lagu kebangsaan tersebut dan salah menyanyikannya ketika di majlis besar waktu pembukaan perlawanan Super Bowl di Texas. Perlawanan NFL merupakan salah satu tayangan paling banyak ditonton di Amerika Serikat. Tengok muka macam yea-yea je nyanyi tur.

Antara lirik yang dikesan kantoi ialah : "What so proudly we watched at the twilight's last gleaming." Padahal yang betulnya : "What so proudly we hailed at the twilight's last gleaming"

Pengsan dia kena bantai di laman-laman sosial atas kesilapan yang telah dilakukan ni. Kalau jadi tentera dah lama kena tembak agaknya. Namun sampai sekarang nampaknya dia masih berdiam diri. Tau tatuttt...


Read more >>

Payu dara besar : Katy Perry malu

Kongsi 1 comments
Bila berbicara tentang penyanyi 'Teenage Dream' ni seharusnya apa yang akan masuk ke dalam kepala otak kita ialah keseksian dan aset yang ada pada diri sang penyanyi tersebut. Kontroversinya pun boleh tahan juga. Biasalahhh...Dah nama bintang Hollywood kan. Kontroversi kan dah seolah-olah menjadi kiblat dia orang. Tapi yang menjadi masalah utamanya sekarang ialah artis kita kat Malaysia nie. Memang lah Tuhan bagi kita kiblat ke barat. Tapi nie barat lain yang dia sujudnyaaa...Sesekali pegang watak ustaz ni rasa lapang plak jiwa...Cheeeeewahhhhh...

Berbalik dengan kes si Katy Perry ni. Sebenarnya ketika remaja Katy tak berapa gemar dengan bentuk tubuh dia terutama pada part payudaranya. Hal ni kerana, tahap kesuburan tubuhnya itu terlalu awal dan menyebabkan dia telah menjadi mangsa buli rakan-rakannya kerana bentuk dadanya yang besar itu. Bisalah budak-budak, yang penting 'jangan pegang-peganggg'. Malahan dia juga pernah untuk cuba mengecilkan payudaranya itu dengan memakai bra khas untuk mengecilkan payudara. Namun tak berjaya juga. Geli kot tengok besar-besar macam tu...

Tapi andai kata dia berjayalah mengecilkan payudaranya ketika itu, JenTik rasa mesti dia akan menyesal sekarang kan. Kerana itu adalah antara aset yang melonjakkan nama dia hingga ketahap sekarang. Kalau tengok gambar-gambar dia sekarang, walaupun dah memang menonjol namun part itu juga lah yang sering di tonjolkan. Daaa.....




Read more >>

Isu pergaduhan : Julia Perez mengalah...

Kongsi 0 comments

Haaa nie lagi satu...Tak habis-habis bercakaran...Kalau nak gadow sangat masuk WWF lah...Tapi tak guna juga kan...WWF tu nipu jek...Ntah-ntah dia orang ni pun serupa dengan WWF jugak kot...Ngada-ngada je lebih, saje je bikin kontroversi...Saje nak promote nama JUPE-DEPE tu kan.....Korang rasa best ke nama tur???.....

Laaa nie si JuPe pula dah macam surrender dengan si DePe...Ape-ape jelah kak oiii...Kata JuPe dia dah penat gado-gado nie(bukan makan gado-gado)...Bahkan dia kata bila berjumpa dengan DePe dia sangup untuk menghulur tangan untuk bersalaman atas tanda kedamaian...

Tapi apa yang JenTik rasa dia ni sebenarnya dah rasa bersalah dan sedar dia sebenarnya punca atas konflik tersebut...Yang si DePe pula cakap nak kawan bayar dulu Rp300juta...Mungkin kalau jadi kawan pun itulah nilai persahabatan mereka selepas nieee...Lantak korang lahhhhh.....

Apa pula alasan si JuPe nie beriya-iya sangat nak mintak maaf pula???...Itu hari dah macam tak ada hari esok lagi nak gado.....

Ohhh...Rupanya dia baru masuk sekolah agama agaknya...Alasannya ialah kita harus tersenyum dan bersalaman sesama saudara...Malah kita tak boleh marah lebih dari tiga hari donggg...Ustaz dia cakap.....

Haaa...Pandai punnn...Kalau dari kecil dulu masuk sekolah agama kan bagus...Tak adalah merapu meraban macam orang gila bila dah besar nie kannn.....


Read more >>

8 Feb 2011

Punca masalah Fasha dan Jejai

Kongsi 1 comments

Awattt lah tak settle-settle cite si Fasha dengan si bung Jejai nih...Hari-hari ada saja timbul cerita-cerita baru tentang kontroversi perpisahan antara mereka berdua nie...Awal-awal dulu bila menjelangnya 2011 nie, Fasha berjanji dengan sedaya upaya untuk mengelak dari sebarang kontroversi pada tahun nie selepas agak 'clean' pada tahu sebelumnya...Tapi sekarang apa dah jadi kak Fasha oiiit!...Ku sangka panas sampai Disember rupanya ujan bulan Januari.....Harun-harunnn......

Laaaaa nie bersambunglah kita lagi tentang isu punca ke'clash'an mereka...Hmmm da macam CSI kita ni asyik dok 'membelek' si Fasha nieee.....

Bila mengikut angin terbaru nie banyak rumors mengatakan punca utama Fasha dan Jejai berpisah adalah atas sebab keluarga si Jejai...Yelah mungkin sebab keluarga dia kan berpengaruh...Jadi mungkin demi menjaga nama baik keluarga, maka atas sebab tu lah mereka tak setuju anak mereka berhubungan dengan artis kontroversi ni...Sebab tulah bila ditanya mereka tak mampu menjawab kannn...Lebih baik berdiam diri demi menjaga nama baik orang tua.....

Kalau nak tengok kisah-kisah macam ni rajin-rajinlah korang tengok cite melayu dengan industan...kalau Mat Salleh tekde cite macam ni.....Cinta yang tidak direstu keluarga...Tinggal lagi Fasha belum cucuk mata dia jerrr...Orang jadi Kasim Selamat, kang Fasha jadi Minah Selamattt.....


Read more >>

Pandangan Suami Cut Tari tentang kes isterinya

Kongsi 0 comments


Last time kita telah mendengar reaksi dari peguam Cut Tari iaitu Hotman bahawa anak guamnya bakal terlepas daripada kes yang telah melanggar undang-undang pornografi negara mereka tu...Namun ramai pihak menegaskan bahawa proses hukuman juga akan berjalan bagi Cut Tari kerana dia telah mengakui keterlibatannya dalam video yang sama.....


Tapi semestinya ramai ibu-ibu bapak-bapak yang ingin tahu apa pula reaksi Yusuf Subrata selaku suami Cut Tari sendiri dalam melihat kes yang melibatkan isteri tercintanya itu???.....


Jom lah kita layan soalan-soalan interview kat Yusuf nieee...Original sleng masih dikekalkan untuk mendapatkan feelll dalam suasana asal.....ayuh ngobrolll!!!.....




Penyidikan Cut Tari dilanjutkan, tanggapan Anda?
Nggak ada tanggapan apa-apa saya mah. Orang boleh bicara apa aja, kalau saya pribadi nggak mau bicara apa-apa.


Kecewa nggak kasus istri Anda terus berlanjut sejalan dengan vonis 3,5 tahun penjara Ariel?
Masing-masing orang punya kebijakan sendiri. Saya nggak bisa ngatur-ngatur orang lain, kita ikutin aja.


Pengacara minta kasus video porno istri Anda di-SP3, bagaimana tanggapan Anda?
Mau benar atau tidak, semua orang juga pasti menginginkan seperti itu. Bukan dari keluarga saya aja kali.


Sejauh ini kondisi istri Anda bagaimana?
Kalau kekhawatiran pasti ada sebagai manusia biasa. Justru kalau nggak khawatir itu harus dipertanyakan.


Sejauh ini persiapan Anda apa saja menghadapi kelanjutan kasus istri?
Nggak ada kesiapan apa-apa, gitu-gitu aja.


Pendapat Anda soal putusan Ariel?
Saya nggak terlalu ngikutin juga. Kita lihat aja ke depannya bagaimana. Buat saya, saya nggak berubah, tetap menginginkan yang terbaik buat semua pihak. Saya belum bicara sama Bang Hotman, tapi saya percayakan kebijakan yang selama ini telah membantu keluarga saya.


Laporan asal : Detikhot.com
Read more >>

Gambar terbaru Justin Bieber

Kongsi 1 comments

Hmmm...Inilah buah tangan terbaru Bieber untuk para peminatnya...Walaupun terus mengalis segala tangapan yang mengatakan mereka sedang hangat bercinta, namun di sebalik gambar ni apa maksudnya.....

Ini kali pertama mereka dilihat dengan secara terbuka berpegangan tangan di tempat terbuka...Gambar ini ditangkap ketika pasangan ini sedang seronok berjalan di Santa Monica...Nampaknya kali ni mereka ter'kantoi'...Kelihatan mereka malu-malu dan tertawa bila menyedari mereka sudah tertangkap dan Selena cuba menyembunyikan mukanya namun apakan daya.....


Nampaknya hubungan mereka ni semakin serius...Namun sampai laaa ni mereka tetap mempertahankan hubungan mereka hanya sekadar teman biasa...Teman tapi mesralah kottt.....


Setakat ni sudah beberapa kali mereka tertangkap kelihatan keluar bersama...namun istilah 'cover-cover' tetap dijaga demi menjaga imej 'anak yang baik'...Tapi bisanya bintang Hollywood bila dah sekali terkantoi lepas ni memang terus jahanam lah...Tengok jelah bintang-bintang yang sebelum ni.....


Sebelum ni Selena juga pernah mengatakan dia seperti dapat adik baru dan dia berasa perlu untuknya melindungi adiknya itu...Tu masa baru-baru kenal lahhh...Tapi bila dah terlalu kenal ni tak tahu lah pulak kannn.....



Laporan asal : Daily Mail
Read more >>

7 Feb 2011

Salman Khan tukar nama Bollywood

Kongsi 0 comments


Nampaknya sebelum mati betul-betul bang Salman Khan nak meninggalkan nama...Apa yang dia nak buat nie seolah-olah ingin menjenamakan semula industri perfileman mereka yang selama ini tersohor dengan nama Bollywood...Salman betul tak setuju dengan panggilan Bollywood untuk industri mereka ni...Dia ingin menggantikan nama Bollywood menjadi Hi-FI...Rasa macam nak berkaraoke plak dengar nama tuuu.....

Katanya Hi-FI ni singkatan dari Hindi Film Industry...Kerana katanya dia pun tidak tahu dari mana nama Bollywood ni di ambil.....

Mungkin baginya nama Bollywood tu tak gempak agaknya...Yelah, dah macam terikut-ikut nama industri Mat Salleh pulak kan.....

Salman dah mula bertapak dalam industri ni sejak 1988...Lama tuuu...Kalau ada anak dah bujang punnn...Jadi bila lagi nak menunjukkan ke 'otai'an nya kannn.....

"Saya benci nama Bollywood... Apa maksudnya itu? Menggelikan,"...Ujar Salman dalam Twitter-nya.....



Read more >>

James Cameron pendapatan tertinggi di Hollywood

Kongsi 0 comments



Hmmm...Siapa yang tak kenal dengan dewa filem dunia nie...Senang kata setiap filem yang dia hasilkan confirm gempak habis punyalah kannn...Yelah, pakcik James Cameron lah...Kalau tak sapa lagi kan...Tahun lepas je income James mencecah hingga US$ 257 juta atau sekitar RM 900 juta...Perghhh!...Bleh beli 900 biji Ferrari tu banggg...Bila di tambah tolak kali bahagi...Sememangnya income dia paling tinggi kat Holllywood tu.....

Tu lah...Siapa suruh dia pi bikin Filem Avatar tu kan...Haaa kan dah jadi banyak duit...Masalahnya dah lah Avatar tu pecah rekod dunia...Dialah sutradaranya...Dialah produsernya...Penulis naskah filem tu pun dia jugakkk...Mana tak kaya...Lepas dia, dia...Lepas dia, dia.....

Nampaknya aktor Johnny Depp pun surrender dengan dia...Bintang 'The Tourist' itu cuma meraih US$ 100 juta saja tahun lalu.....

Bang Steven Spielberg cuma kumpul US$ 80 juta je last year...Steven mendapat US$ 50 juta dari royalti Universal Studios...Bakinya lagi dari film 'War Horse' dan filem-filem sebelumnya.....

Sutradara Christopher Nolan pun termasuk dalam ranking juga...Sebagai sutradara, penulis naskah dan produser 'Inception', Christopher mengaut US$ 69 juta...



Read more >>

Pengawal Justin Bieber bantai juru gambar

Kongsi 0 comments


Hmmm...Tak pasal-pasal pening kepala si Justin Bieber nie bila pengawal peribadinya buat masalah.....

Pengawalnya Kenneth Hamilton didapati bersalah kerana telah mencederakan seorang juru gambar yang cuba menangkap gambar penyanyi cilik tersebut...

Polis pun telah mendapatkan bukti yang secukupnya...Juru gambar tersebut Jason Nicholas menceritakan ketika kejadian dia sedang menunggu di luar New York London Hotel untuk hal yang tidak berkaitan...

Ketika dia sedang menunggu di luar dan cuba untuk mengambil gambar...Saat itulah Hamilton melakukan tindakan tersebut yang mengakibatkan dia luka ringan...

Polis New York telah cuba mengesan pengawal tersebut sampai hari Rabu...Tapi ketika dia menemani Bieber untuk tayangan filem barunya, Never Say Never...Polis dari NYPD Midtown menyuruhnya untuk datang menyerah diri...

Dia dituduh diatas kesalahan ringan dan mewajibkan dia untuk tampil di mahkamah jenayah pada tarikh belum ditetapkan...

Nicholas berkata bahawa walaupun dia benar-benar pulih dari kecederaan ringan yang dialaminya...Tapi dia tetap berharap polis mengambil tindakan...Dan menegaskan agar juru gambar jangan sekali-kali disentuh kerana mereka mempunyai hak bekerja bebas tanpa dikasari...



Read more >>

Katy Perry dan gambar kontroversi

Kongsi 0 comments


Wah...Hot sungguh nampaknya kak Katy Perry nieee...Bra dan 'sepender' yang emangnya hot untuk pose bagi front page majalah Rolling Stone 2010 lalu...

Gambar yang feymes di jalur lebar nie sebenarnya telah mengundang banyak kemuskilan kerana dikatakan sangat berbeza dengan gambar asal ketika diambil di Sagaponack, New York, Amerika Serikat pada 6 Juli 2010...

Kabarnya, keindahan tubuh Katy kat foto itu hasil photoshop...Dalam foto yang belum di edit tersebut, warna kulit Katy terlihat lebih pucat...Payudara Katy juga nampak tidak sekencang seperti pada cover majalah tersebut...

Malah, lipatan-lipatan pada perut Katy juga dihilangkan sehingga terlihat sangat langsing...Tahi lalat pada kaki Katy ikut di padam...

Sampai laaa nie, pihak Rolling Stone belum memberikan komen...

Read more >>
Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular

 

Hot Malays. Copyright 2009 All Rights Reserved Free Wordpress Themes by Brian Gardner Free Blogger Templates presents HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords